Monday, October 24, 2011

Jangan ingatkan aku tentang cinta -sue-

Assalamualaikum...!


Hi all~ Betapa hati saya dirundung kesedihan dan kehujanan hari ini. Tuhan itu maha adil kan? Kadang ia datangkan hujan yang maha lebat dalam hati kita supaya kita sentiasa beringat. Saya harap selepas hujan yang maha dahsyat dalam hati saya ni reda, hati saya akan didatangi pelangi yang indah. [SEMOGA BEGITU HENDAKNYA. AMIN~]

Kawan2 saya yang cute2 sekalian, doakan saya agar dapat meneruskan kehidupan ini kayh. Doakan agar saya sentiasa kuat dan sentiasa mampu berdiri daripada kejatuhan saya hari ini.

Saya tersungkur hari ini dan saya tidak pasti bila saya akan dapat bangkit. Saya cuma berharap agar apa yang saya lalui hari ini hanyalah mimpi dan apabila saya bangun tidur hari esok, keadaan akan kembali kepada sedia kala. Ya Allah, betapa aku mementingkan diriku sendiri. Maafkan aku Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang lemah, yang penuh kesilapan dan ketidaksabaran. Maafkan kekhilafan diriku.

Hari ni, saya agak lemah sekali. Saya cuba buang dia dari hidup saya tapi setiap kali itu juga ianya memaksa saya untuk menyimpan perasaan itu. Saya sudah buka rantai yang saya pakai tuh. Itu kekuatan pertama yang saya buat. Tapi maaf, i'll try to throw all your picture, but I cant. I just love you much but you hurt me too many times. I just cant forget it.

Saya sentiasa dalam angan2 akan tidur pada malam hari dan bangun pada esok pagi, awak akan ada tidur dengan nyenyaknya di sisi saya. Tapi satu hari, saya sedar saya bukan orang yang layak berada di sisi awak pada sepanjang ketiduran awak itu. Sebab saya tidak membahagiakan kamu dan akan menyusahkan kamu kelak.

Lihat saja pada hari ini, saya sudah susahkan kamu buat terakhir kalinya. Sebab kita sama2 pasti selepas ini, tiada apa lagi yang ada antara kita.

Mungkin ini kali terakhir saya tuliskan tentang cinta dan kisah hati serta perasaan saya. Tapi saya berharap selepas ini tiada benci antara kami sebagaimana kami mulakan semua perhubungan ini. Benarlah kata orang, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tapi apa yang saya sangkakan....semua pengakhiran ini adalah suatu pengakhiran yang indah rupanya apa yang saya bina selama ini hanyalah sebuah istana kaca, yang akan pecah dengan hanya sedikit gegaran.

P/S: Kamu tidak tergantikan dengan siapa2. Mungkin selepas ini saya akan teruskan dengan further my master dan PHD. Saya tiada plan untuk bercinta lagi. Maafkan saya cinta.

Sayangkan kamu sangat,
Suhana Dullah.

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner