Sunday, May 15, 2011

Sempena hari guru.

::::..Xsangka kan?? Hari ni sudah 16/mei/2011. Kepada semua cikgu2 ku, berapa lama sudah kamu berkhidmat? Selama itu juga lah ilmu yang kamu curahkan itu membuatkan aku besar dan menjadikan aku bijak. Terima kasih banyak2 cikgu..::::

Khas buat semua cikgu2 ku yang tersayang terutamanya

:: Kakak ku dan suaminya :: Semoga jadi cikgu yang cekal walaupun sudah terlalu lama menjadi cikgu. Semangat itu harus tidak akan padam.

Seterusnya,

Cikgu ku masa sekolah rendah. Hehe :) Sungguh, aku tidak pernah melupakan kalian.Dan cikgu yang paling cantik sekali, Cikgu Jeniah..haha :D Tidak akan ku lupakan diri mu wahai cikgu ku yang jelita.

Cikgu ku di SMK umas-umas, yang tidak akan aku lupakan kerana banyak memberi bantuan yang boleh menjadikan aku, siapa aku sekarang. Terutamanya Cikgu Faizal yang mula mengajar waktu aku F1, dan jumpa lagi masa aku F6. Dia mmg berkaliber. Cara dia mengajar sempoi jak, tapi suma ilmu masuk bersusun dalam kepala. Apa pun, dia cikgu aku yang paling best setakat ni. Then, Miss beth. Guru Kelas ku yang cantik dan baik. Dia banyak bagi sokongan walaupun tahun tuh merupakan tahun yang paling teruk buat kami. Dia punya impak sokongan tuh sampai sekarang masih kukuh lagi dalam hati kami. Thanx miss! :) Cikgu Lydia dan suaminya, walaupun diorang ni xmengajar aku di dalam kelas secara langsung tapi mereka sungguh! Banyak membantu dalam kehidupan ku. Terima Kasih cikgu! Pastu, cikgu Rabe yang buat aku kagum. Dia sungguh gempak. Aku admire sangat dgn cikgu ni, dia punya pandangan dan idea..FFFUUHHH! ko jangan cakap!!! Segala kipas2 di sekolah tuh boleh cair kepanasan. Pandangan dia mmg terbaik. HAHA :D klu dia masuk kelas, aku lah orang yang paling menumpukan perhatian dengan patah2 perkataan yang dia cakap. hihi ;) BTW, dia mmg hebat, setakat ni, aku suka dia. AKU MAHU JADI MACAM DIA. SANGAT TERBAEK!!!


Cikgu ku di SMK kuhara, yang banyak memberi motivasi dan semangat untuk aku bangkit menjalani kehidupan yang kian runcing pada waktu itu. Terutamanya cikgu Bahasa Inggeris aku, Cikgu Asma yang lembut tapi tegas. haha :D Kalau aku buat bising di belakang, walaupun time tuh dia sedang menulis di papan putih tapi dia akan tahu orang yang bising tuh adalah aku walaupun aku sebenarnya langsung tidak bersuara. Aku pun jadi pelik, aik? cemana dia boleh taw aku ni? -seram- Start dari ari tuh, aku dah mula takut dengan cikgu SEBAB AKU BERANGGAPAN BAHAWA CIKGU ADA MATA DI BELAKANG KEPALA. huh~ Then, cikgu Dorenda yang chumell. Dia sentiasa memahami sebab dia yang mula2 aku jumpa masa aku pindah ke sekolah ni. Dia yang bawa aku masuk kelas, bagi aku kerusi dan macam2 lagi..haha :D dan yang paling teruknya, aku ingatkan dia tuh bukan cikgu. hahahaha :)) gilak eh, rupanya dialah guru kelas aku. ADDOOII! HABIS~

Dan yang paling tidak boleh lupa, Cikgu2 di SM Teknik Tawau. Wah..susah mau cerita ni. Semua cikgu ada sejarah sendiri dan yang paling best sekali, MISS DAWN! haha :D Dia bagi kami duit, bagi kami kebebasan dan macam2 lagi. Kalau mau cerita ni, sampai besok xboleh habis. Tapi yang paling xboleh lupa, dia cubit aku sampai aku mau nangis sebab markah paper agama islam aku turun dengan drastiknya dari A1 ke D7. HAHA :D seriously, time tuh mmg aku xda study. gege :P aku main redah jak! Padanlah muka aku!

Pastu, Cikgu Anip yang best jugak. haha :D yang paling xboleh lupa, dia bagi duit raya tiap tahun..wahahahaha :)) berapa tuh xpayah cakap lah..rahsia. huhu~ Tapi kami sangat LUCKY sebab dapat cikgu2 macam dorg suma ni. huh~
Then, Cikgu Buareng, yang agak garang. hehe :) Garang la sangat! (klu kenal cikgu ni, konfom tahu bahawa dia adalah cikgu yang paling consider sekali dalam sekolah tuh). Di luar jak garang, klu berselisih takut jugak kadang2..hihi :) dia punya garang tuh, sampai satu sekolah takut o..haha :D TERBAEK!

Then, Cikgu Nik Arif, Cikgu Suhailah, Cikgu Tengku, Ustazah Raihan, Cikgu Rabiah dan

Cikgu Alex. :: Cikgu ni jugak salah satu cikgu terbaik yang ada dalam list kehidupan ku. 1st kami kenal dia, kami langsung xtaw namanya dalam sesi suai kenal. Then, dia tanya "apa lagi yang kamu maw taw pasal cikgu?" Sudah tuh, kami tanyalah dia punya nama, kan dah mmg suma orang taw..bila kenal pada pertemuan pertama, nama yang paling penting. Tahu apa dia jawab? "ADA APA PADA NAMA?" wahahaha :)) 1st time dowh cikgu SOMBONG. xboleh aku lupa dan yang paling part xboleh blah di situ ialah raut wajahnya langsung xberubah. SERIUS GILAK EH! Itu membuatkan dia termasuk dalam senarai CIKGU XBOLEH LUPA AKU. Tapi dia mmg best, selamba jak mengajar tapi klu nota sejarah xsiap...KAU YANG SIAP PULAK MAKAN BUKU NOTA TUH! haha :)) terbaek!! ::

Dan yang paling penting, Cikgu2 yang secara tidak langsung terlibat dalam kehidupan ku.

:: Cikgu yang terCHUMELL, terBAIK, terPANDAI, ter..ter..ter..ah! suma TER lah..dialah my mom yang selalu TERbuka radio yang xbertauliah pagi2. haha :D TERkuat marah, TERpandai masak, TERsporting dan the best part is TERmurah hati. WAHAHA :)) TERIMA KASIH MAMA.
 :: Cikgu yang xbertauliah kedua ialah my dad. Yang TER..TER..TER.. jugak..terLAWAK, terBAIK, terRAJIN. huh~ dia lah yang paling..owh! lupa! terSPORTING jugak dan kadang2 membuatkan kami terMEMBER. haha :D TERIMA KASIH BAPA.

Then, cikgu2 yang TERsuka membebel :: my sissy yang chumell mummell...dan abang2 aku yang GEMOK! haha :D

Thanx sebab ajar aku di sekolah dan ajar aku di umah tentang sebuah kehidupan yang kamu tahu sudah pastinya sukar ditempuhi. Tapi dengan adanya kamu semua wujud dalam kehidupanku dan secara tidak langsung kamu banyak membantu dalam benda2 yang "xboleh blah" dalam hidup ni...kamu terbaek! Walaupun aku masih dalam fasa yang menuju kearah sesuatu yang lebih baik, sekurang2 kamu berjasa dalam meletakkan aku di fasa ini. Aku rasa ini stage yang paling mudah dalam hidup ni. Stage dimana aku hanya perlu menunggu keputusan untuk dipanggil study dan study dalam keadaan yang baik tanpa perlu ada paksaan macam dulu2. Cuma apa yang aku takutkan ialah fasa selepas ini. Dimana aku tetap juga akan berenang di lautan kedewasaan. Namun, apa yang aku harapkan ialah kamu tetap disitu, membantu aku untuk teruskan perjuangan dalam dunia yang maha luas ini.

Aku? milik kamu untuk memberi nasihat dan idea. Kamu? milik semua orang yang perlukan nasihat dan ilmu. Itulah cikgu! TERIMA KASIH CIKGU!

<SELAMAT HARI GURU CIKGU>
To all my friends that "TEACHERS TO BE", have a happy teaching soon. :) May GOD bless you.

SOALAN : HARI NI ADALAH HARI "GURU". TAPI KENAPA KALAU DI SEKOLAH, murid kena panggil "cikgu"? kenapa bukan guru? <ada sedikit keKONPIUSAN di situ> hehe  (^,~)V PEACE!

LOVE,
Suhana Dullah.

Wednesday, May 11, 2011

Siapa mereka di hati ku?

Hi! Lama xupdate blog. Terasa sedikit sepi dan seperti ada yang kurang. Mari kita teruskan cerita. Berdasarkan apa yang aku pernah ceritakan sebelum ini, mereka2 itu adalah orang yang memberi aku sedikit inspirasi dan kadang mereka menjadi sebahagian daripada cerita yang melakari setiap warna kehidupanku. Agak menarik kan? Kerana lagi banyak yang datang dalam hidup kita, lagi banyak warna yang wujud dalam hati kita. Tak gitu?

Dalam hidup ni. banyak rintangan yang datang dan bersilih ganti melalui hidup kita. Tapi tuhan itu adil, setiap satu kegagalan yang datang bersama rintangan itu, akan wujud satu kegembiraan, wujud satu kebahagiaan yang boleh membuatkan kita berasa senang dan berasa hidup ini patut diteruskan.

Cuma yang perlu kita tahu ialah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan dengan bermacam perkara. Ada yang baik, ada yang kurang baik dan kadangkala... bagi yang bernasib buruk, semua itu akan menjadi satu mimpi ngeri. Tapi apa yang seharusnya berlaku ialah kita bangkit dan menjadikan mimpi ngeri itu sebagai satu inspirasi dan petunjuk untuk suatu kejayaan dan kemudahan pada kita.

Itulah yang patut berlaku pada setiap satu manusia dimuka bumi ni, ia seharusnya bergerak seiring dengan apa yang berlaku di sekeliling, dan mereka2 yang bersama dengan kita itu adalah orang2 yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada AIR yang mampu membangkitkan kita daripada tidur, juga sebahagian daripada MAKANAN yang membuatkan kita kenyang dan bertenaga apabila kita berasa lapar dan kehilangan tenaga. Mungkin juga mereka itu boleh menjadi sebahagian daripada PAKAIAN kita, yang mampu melindungi kita daripada sejuknya angin dan panasnya cahaya matahari yang berbahaya kepada kulit kita.

Adakalanya, kita mungkin tidak perasan dan tidak tahu betapa berharganya mereka yang ada disisi kita untuk sepanjang waktu ini. Kadang kita berasa mereka adalah orang yang sentiasa menyusahkan dan membebankan setiap perjalanan hidup kita. Tapi ini adalah sesuatu yang pasti, mereka akan pergi dan kita akan berasa menyesal dengan kehilangan mereka. Sebelum perkara itu berlaku pada diri ku sendiri, aku ingin mengatakan di sini, bahawa mereka adalah orang yang paling penting dan orang yang mampu buat aku hidup dengan baik dalam perjalanan kehidupanku yang agak sempurna.

Terima Kasih kerana melakarkan sedikit warna pada kain putih kehidupanku.
 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner