Sunday, October 16, 2011

Aku, aku dan aku.

Assalamuallaikum...!

Maaflah sebab aku terpanggil untuk menulis malam2 buta ni. Hari ni bagi aku menulis sebagai aku, dan biarkan aku menjadi aku yang selama ini mungkin kehilangan aku.

Semua ni sebagai bukti kan, andai suatu hari nanti, hati aku akan terluka...maka, di sinilah letaknya ia. Di suatu sudut tulisan yang berbeza pandangan bagi setiap orang. Ada yang memahami sedikit, ada yang memahami banyak, ada yang tidak memahami langsung tapi cuba untuk memahami dan ada yang menganggap semua ini tidak penting.

Tapi itu bukan alasan untuk aku. Sebab aku tahu aku siapa dan dimana letaknya kedudukan ku. Andai semua orang dapat membaca hatiku. Pasti akan wujud berbagai telahan dan andaian yang boleh direka oleh pelbagai macam manusia di dunia ini. oh, tapi semua nya bukan seperti apa yang kita inginkan. Dan kadang bukan chantek seperti yang kita rancangkan. Terima kasih tuhan sebab biarkan aku berfikir sama ada semua yang aku rancangkan menjadi atau tidak dan membiarkan aku menjadi lebih kreatif untuk membuat plan kedua. TERIMA KASIH!

Hmm...klu ditakdirkan aku akan kehilangan dia selepas ini, aku redha kayh! I know what to do after this. Huh~ Luckily, I have a plan for myself. Sekarang semuanya sudah jadik serabut. HAHA~ I'm lucky enough sebab sedar sebelum terlambat. PK la babe, belum keje lagi dah mula tiada masa. hehe :) I guess his friends is more important to him. (Biasalah...lelaki.) HAHA~ sangat tidak adil untuk berkata begitu.

Hmm...Panjang helaan nafas aku. Berat semua ni kan untuk dinyatakan disini. Aku pun sedang berfikir bagaimana aku harus menyatakannya. BTW, aku memang tidak mahu mengharap sesuatu yang tidak pasti sekarang. Apatah lagi bergantung dengan dahan yang rapuh. huh~ Sungguh berat semua ini.

How come semuanya boleh jadik macam dulu? YOU tell me!!!!! its not about me!! its all about you. This is all about you!! Susahkan? Aku salahkan kau dan kau salahkan aku. HAHA~ that's quiet good enough for us! for ur relationship.

Cuba pk sejenak. Selepas ni, kau akan bekerja dan kau akan sibuk dan tiada masa. After that cuba pk lagi, sedangkan sekarang you dun have time for me...apatah lagi nanti yang memang sudah tentu banyak kerja. Call pun susah, mesej pun jarang sekali. YUP! once a day. Dulu? HAHA~ susahkan mau jadik seperti dulu. So, better lupakan kalau mahukan semua ni jadik seperti dulu.

OK, sekarang kita cuba tengok dari sudut pembahagian masa kau pulak kayh. Siang, u used to sleep until 3-4pm. dan malam kau tidak akan tidur dan 7-12pm selebihnya kau habiskan masa dengan kawan-kawan kau pergi makan dan keluar (sometimes tp sejak akhir2 ni, agak selalu!). So, cuba pk lagi sekali, macam mana semua ni boleh buat kita jadik macam dulu?

Aku pulak? Aku masih study dalam duration yang panjang. 2 tahun. wow! itu agak panjang kayh! Aku tetap macam dulu, sentiasa ada untuk kau bila2 masa. Sentiasa ada masa walaupun terpaksa membahagikan masa antara study dan kau. Tapi aku tetap punya waktu. is it?

OK, dari pembahagian masa. Pagi aku bangun macam biasa. dan malam aku tidur macam biasa. How come kita ada masa bersama? bila masa yang kita jalani selalu clash? hmm.. Selebihnya stay dirumah menunggu panggilan dan pesanan ringkas. haha~ BADLY, the sms will be read like this "Sayang, sori. I'll call n text you later. I have a lot of work to do." atau pun "Sayang, I bersiap ni kayh. Kena keluar dengan kawan jap. g sunway, mau tgk muvee." haha ! HOW BAD IS IT? -too bad-

Dan aku dapat bayangkan bahawa masa depan akan jadi macam gni "Sayang, dun call or text me kayh! IM at workplace!" heehee~ how sunyi I am? hehe :)

Kadang2 kita kena rasa bersyukur dengan apa yang kita ada, sebab kadang2 orang lain tidak memiliki apa yang kita miliki. Tapi bagi aku, kadang2 kita kena pk semula tentang semua yang kita ada sebab adakalanya sesuatu yang baik yang kita miliki suatu ketika dulu, takkan kekal baik pada masa akan datang.

Cuma apa yang aku harapkan semua ni tidak berlaku dan apa yang aku tuliskan semua ni hanya satu khayalan yang sudah terjadi di masa lampau. TAPI TERIMA KASIH SEBAB SEMUA NI BUAT AKU TIDAK MAHU BERHARAP DAN ITU MAMPU MENYEMBUHKAN LUKA KU WALAUPUN IANYA SUDAH SEBESAR KESILAPAN YANG KAU LAKUKAN ITU.

[SEMOGA SEMUA INI HANYA SATU KESILAPAN YANG BOLEH DIPERBETULKAN]


P/S : Semua orang berubah, BAIK atau BURUK hanya bergantung pada cepat atau lambatnya masa itu berlalu. Apapun, BELAJAR DARI KESILAPAN.

LOVE,
Suhana Dullah.

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner