Wednesday, September 28, 2011

Antara kekalutan -gelisah-

Dalam suatu malam yang kelam,
Terlihat kelibat sesuatu,
Sesuatu yang aku sendiri pun tidak pasti,
Apa ianya...

Dalam kegelapan itu,
Aku masih mencari,
Dimana patut ku tujui,
Langkah mana yang harus ku mulai...

Kita,
Dua wajah yang berbeza,
Dalam satu rasa yang tersemai indah,
Namun,
Wujud kekalutan dalam kesakitan yang kita miliki...

Tapi kita sebenarnya keliru,
Dalam dakapan angin malam,
Mana satu hendak digapai,
Tapi semua itu bukanlah satu cabaran,
Ianya hanya satu pilihan,
Yang kita sendiri tidak pasti,
Sama ada ianya,
Bahagia ataupun luka.

Bahagia atau luka..
Sama-samalah kita mencarinya nanti,
Setiap orang pasti memilikinya,
Namun dengan cara yang berbeza,
Dan waktu yng tidak sama.


Terbiar sepi,
Suhana Dullah.
-Much Love-

Saturday, September 17, 2011

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Assalamuallaikum..

Selamat sejahtera semua. Apa khabar? Adalah anda semua sihat hari ini? Semoga semua kita dalam keadaan yang baik dan sejahtera. InsyaAllah. Sepanjang bulan syawal ni, teramatlah saya sibuk. Terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk berbicara dalam laman bisu ni.

Tapi, alhamdulillah..setelah semua adik beradik saya kembali pulang bekerja, barulah ada sedikit ruang untuk menulis dan mencurahkan idea. Apa yang penting selama bercuti ini ialah kegembiraan dan kepenatan bergabung menjadi satu dan membuahkan kepuasan kerana dapat melihat adik beradik dan anak-anak saudara saya yang sudah besar, yang sudah tahu berjalan, yang sudah mula bernakal dan sebagainya. wah..sungguh menghibur hati!! Sungguh gembira rasa hati bile melihat telatah anak-anak kecil yang nakal dan kadang-kadang degil itu. Tapi walauapapun...semua ini sungguh menyenangkan hati.

Apa pun, sebelum semuanya berakhir...saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Semoga semuanya selamat hendaknya.

Bha, nt lagi kita bercerita ya..saya mahu memasak dulu. hehehehe :)



LOVE,
Suhana Dullah.
 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner