Monday, January 31, 2011

biarlah kebaikan itu kekal bersamamu :)

NFH [25/02]

Kau agak lurus orangnya, bila tanya sepatah, kau jawab panjang berjela-jela..haha :)) tapi so far so good sebab kau banyak penerangan yang menarik dan itu buat aku rasa kagum (sikitlah..haha :P) dengan kau. Sedangkan aku?? huh~! aku xboleh jadik macam kau..aku xboleh cakap banyak sebab aku mmg xtaw mau cakap apa kalau dengan kau. hmm..AKU MINTA MAAF EA!

Sebenarnya kita ni bukanlah kawan atau sahabat atau teman atau member (ah, banyak pulak atau aku!) sebab aku xkenal pun siapa kau sebenarnya...apa yang aku tahu hanyalah nama kau, birthday kau, jantina kau, dimana kau study skg, kursus yang kau amik dan dimana umah kau..dan kesimpulannya skit betul yang aku tahu pasal kau. Aku kenal kau pun sebab DIA. Kalau bukan dia, memang aku xkenallah siapa kau sebenarnya. hehe :)

Tapi aku "sedikit LUCKY" sebab kenal orang-orang baik macam kau. hehe :)) THANX TO HIM JUGAKLAH. Aku xramai kawan, oleh sebab kau antara yang pernah hadir dalam hidupku, so, TAHNIAH! kau termasuk salah satu orang yang menjadi perhatianku yang berada disekitar hidupku.

Sebenarnya aku xtau apa mau cakap pasal kau sebab aku xbanyak sangat perkara yang membuatkan aku boleh bercerita tentang kau..tapi aku cuma mau cakap satu iaitu ; Terima kasih sebab banyak tolong aku bangkit dari "sesuatu" dan banyak buat aku menjadi aku. (ah, betapa teruknya aku kan?? sebab kau langsung xtau tentang semua ni..tapi walaubagaimanapun aku xbercadang mau bagi tau apa2 pasal ni dengan kau!) hehe :)) dan pasal SESUATU itu?? mahu tahu?? biarlah aku saja yang tahu. biar aku sendiri yang tafsir dan simpan..(hah! bagi yang membaca tuh..xpayah mau tafsir2..semua ni makin rumit nanti!!)

Cuma apa yang aku ada dengan kau ialah..gambar-gambar yang tidak terkira chumellnya..haha :)) dan biarlah gambar tuh menjadi tatapan kita berdua saja. Apa yang penting, terima kasih sebab pernah singgah dalam hidupku dan menjadi sebahagian daripadanya serta mengisi ruang-ruang yang banyak dalam persinggahan itu.  THANX!! love ya :) :P

LOVE,
Suhana Dullah.

Tuesday, January 18, 2011

Semoga kegembiraan itu kekal bersamamu ;)

MM [09/06]

Kau adalah penyelamat ku dikala aku dalam kesusahan. Kau beshh...sentiasa positif dalam apa jua yang kau lakukan. Mungkin ada luka yang kau sembunyikan disebalik kehidupanmu, tapi aku tahu kau bijak untuk bermain dengan alunan kesedihan itu. Aku bangga sebab kenal dengan kau, kau membuatkan aku sentiasa gembira dan tersenyum, dan yang paling TERBAEKNYA tentang kau ialah kau sentiasa ada siap sedia untuk siapa-siapa saja. Kau memang sahabat yang baik.

Kau lucu, keanak-anakan dan SUKA MEREPEK!!! Tapi itu perkara yang terbaik kau ada, sebab boleh menghiburkan hati aku. hehe :) Akan tetapi, sekarang...kau pasti sudah jauh berubahkan?? Entah macam mana lagaknya dirimu sekarang. Kita pun sudah jauh terpisah. Kau di Semenanjung Malaysia, aku pula jauh nun di Sabah. Walaupun begitu, kenangan itu yang membuatkan kita tidak pernah jauh. Thanx ~! SEBAB BERIKAN AKU SATU KENANGAN YANG SUKAR UNTUK DIJAMAH.

Perkara yang baik itu sentiasa dicemburui oleh "SESUATU" sama ada MASA, JARAK, KEADAAN serta berbagai lagi perkara yang TIDAK TERDUGA OLEH KITA. Tengoklah keadaan kita sekarang, tidak punya ruang untuk berbicara dan berbual mesra, tidak memiliki sesuatu lagi untuk dikongsikan bersama. Tidakkah kau merasa benda yang sama berlaku pada dirimu?

Sungguh besar impak itu kan?? Tapi apakan daya, kita sama-sama mengejar sebuah kehidupan yang belum pasti. Walaupun sebenarnya kita boleh mencorakkannya tapi kita sedang berlumba untuk menggapainya dulu dan mungkin kau jauh lebih laju berlari dari aku. Pesanku cuma satu, sekiranya kau berjaya kelak, JANGAN LUPAKAN AKU! 

Mungkin aku bukan sahabat terbaik yang kau miliki tapi aku mahu kau tahu, KAU ADALAH SAHABAT TERBAIK YANG PERNAH AKU MILIKI. Pernah dulu, aku kategorikan kau sebagai "MY PRECIOUS FRIEND" dan kategori itu tidak akan pernah beralih dengan sesiapa sebab ITU MEMANG DIRIMU.

Sekali  lagi, walaupun kita jauh, nama mu sentiasa ada dan sentiasa dalam ruangan <3 ku. KITA TETAP KAWAN. ya? ;)

LOVE,
Suhana Dullah.

Sesuatu yang hilang...?

AAJ [29/11]
Kita bukan lagi asing antara satu sama lain. Aku umpama kau, kau umpama aku. Kita seperti SATU, kurang selisih dan banyak memahami. Aku senang punya kawan macam kau, sebab aku? Susah difahami, susah didekati dan sukar untuk diterjemahkan. Mujur ada kau, xperlu aku menjadi orang lain dan memudahkan diriku untuk difahami oleh orang lain yang baru ku kenali.

Kita, walaupun duduk berjauhan, tapi boleh berinteraksi, saling bercerita dalam nada yang senyap dan semua orang xfaham. Kita, walaupun duduk bersebelahan, tanpa kata, tapi kita sebenarnya sedang bercerita. Namun, cerita itu, hanya kita yang faham. Bahagia sungguh saat itu. Kita ketawa, saling gembira, berkongsi cerita dan bahagia.

Pernah sekali, kita bergaduh. Ah, sungguh keanak-anakan sikapku waktu itu! Maaf. Tapi akhirnya, kita berbaik semula tanpa ada dendam. Terima kasih. Kau seorang yang matang, cukup pengamatan pada pandanganku. Punya pengertian yang tinggi dan pemahaman yang baik terhadap keluargamu.

Tahniah, kau Berjaya melepasi “stage” yang aku xdapat lepasi dengan baik. Iaitu Stage pengertian yang mendalam dan memahami untuk keluarga sendiri. Tapi semua ni mungkin sebab kau anak pertama, dan aku pula? ANAK TERAKHIR DALAM ADIK-BERADIK KU. Aku kurang menghayati erti-erti kekeluargaan. Tapi, sejak dari pemerhatianku terhadap sikapmu, aku mula faham, siapa dia keluarga dan siapa dia yang harus dikategorikan sebagai “ORANG LAIN”.


Kita adalah kawan yang bermula dari alam sekolah rendah dan berakhir pada zaman universiti. Betulkah semua ni berlaku? Aku tidak punya jawapannya sebab kau tidak lagi bercakap denganku. Mungkin, kita sudah punya haluan masing-masing dan aku tahu kau telah banyak Berjaya dalam hidup mu. Aku gembira untuk kau. Akan tetapi, semua ni buat aku musykil dan hairan tentang apa yang berlaku.

Sekarang kita duduk bersebelahan tapi satu pun perkataan yang aku ucapkan, kau langsung tidak memahaminya lagi sedangkan dulu, walaupun tidak bercakap, kau mampu memahami apa yang ingin aku ceritakan.

YA!! Mungkin sekarang kita sudah jauh berbeza dan juga mungkin sebab kita sudah jauh terpisah.

Apalah sangat ada pada jarak jika dibandingkan dengan ISI persahabatan kita yang bertahun-tahun lamanya…?

Ya, timbul satu persoalan pada penyataan itu.  Kenapa jarak SEPERTI membuatkan kita jauh?? *confused* *sigh*

Tapi mungkin bukan sebab jarak, ada sesuatu yang lain yang melakukan semua ini. Walaupun ianya sesuatu yang lain, aku tahu, kau rela melakukannya dan aku?? Aku hormat keputusanmu. Terima kasih sebab pernah menjadi kawan terbaikku dan terima kasih sebab beri ruang untuk memahamiku. Mungkin semuanya sudah berakhir antara kita, satu yang aku mahu kau tahu... MINTA MAAF ATAS SETIAP KESILAPANKU ~!
Dan... ya, memang berakhir pun!! hehe ;) 

BTW, aku gembira sebab kau bahagia dengan kehidupanmu. Semoga kau gembira hendaknya. ;) Cheers~

LOVE,
Suhana Dullah.

Maafkan aku teman :'(

-Tentang dia, aku xnak ulas banyak, kamu bacalah sampai habis ok?? :)
24/11 [FA]

Aku sayangkan kau. Tidak semestinya kita menzahirkan perasaan sayang itu hanya pada orang yang kita sayangi, lelaki bagi perempuan dan perempuan bagi lelaki. Aku suka menzahirkan sayang untuk orang yang dekat dengan aku pada batinnya walaupun jauh pada zahirnya. Untuk kau, aku memang sayangkan kau. "truely, deeply, madly".

Pada zahirnya, aku bukan seorang yang cepat mesra, aku juga bukan seorang yang suka bercerita, aku hanyalah seorang yang tidak tahu bergaul dan tidak mempunyai ramai kawan. Boleh aku kira berapa ramai yang menghuni hatiku ini sebagai kawan, teman, sahabat dan apa jua gelaran yang menjadi satu penitian dibibir semua orang pada waktu dan ketika ini. Aku agak tertutup orangnya, dan kau pun tahu tentang itu.

Aku sebenarnya bukan menjadi temanmu, kita berteman adalah secara kebetulan dan aku xtahu bila kita menjadi teman, kawan dan sahabat. -DALAM WAKTU YANG SINGKAT SEBENARNYA- Bagaimana ianya terjadi pun menjadi persoalan dalam hatiku saat ini. Aku sedang berusaha mengingati dimana titik perkenalan itu. Aku cuba, saban hari, tapi aku tidak menemuinya. -aku berharap kau tahu dimana titik mulanya semua ni- sebab aku rasa, semua ni adalah satu fenomena yang tiba-tiba, tanpa terduga.

Aku senang dengan kau, kau baik hati, tidak berkira dan pemurah. wah!! aku suka banyak tentang kau. kau bijak, banyak boleh dikongsikan dengan kau. Semua cerita pun boleh masuk bila aku cerita dengan kau. Semua pun kau faham. Aku senang dengan itu. -IM GLAD TO BE HERE BY UR SIDE-

Tapi, kegembiraan dan kesenangan itu tidaklah terlalu lama. Aku baru cuba untuk menyesuaikan diri denganmu. Kita telah dilanda satu krisis yang agak mengecewakan mu. Aku ada plan lain yang aku sendiri xtahu bila aku akan laksanakan, dan kau pulak berasa aku akan terus berada di situ. Aku rasa susah hati, sebab aku ada rancangan lain yang aku tidak luahkan dan ceritakan padamu. YA!! banyak yang aku ceritakan padamu, tapi bukan semua yang berlaku dalam hidupku, yang aku ceritakan itu, hanyalah mukadimah yang kau perlu tahu tentang aku.

Sebab pada pandanganku, kita baru diambang pengenalan pada muka surat satu. Aku kesal, sebab aku yang memusnahkan semua itu. Sebabkan aku rasa kita masih di muka surat satulah yang membuatkan kau jauhkan diri dari ku. Kau sudah mula tidak bercakap denganku. Kau pun sudah mula mengelak dariku.Aku cuba untuk berkomunikasi denganmu, aku cuba membuang rasa tahu bahawa kau sudah mula menjauh dari ku. Tapi semuanya sudah terlewat, kita tidak lagi seperti dulu.

Kita duduk di satu meja makan yang sama, tapi ada satu tembok batu yang memisahkan komunikasi dan membekukan lidah kita untuk saling berbicara. Kita duduk bersebelahan kerusi tapi hati kita saling berjauhan walaupun jasad berada pada titik yang sama. Aku tahu semua ni silapku, aku yang mulakan semua ni tanpa kita sedari. Aku minta maaf sebab kalau aku berada pada tempat kau berdiri tika itu, aku pun akan berbuat perkara yang sama. Oleh itu, aku tidak pernah salahkan kau atas keretakan yang berlaku. Aku cuba perbaikinya, tapi kita sudah semakin jauh. Aku tidak mampu lagi mengejarmu. Aku hanya mampu soroti mu dengan pandangan mata yang berharap agar kau kembali.

Aku ingat lagi, masa hari jadi kau. Waktu tuh, aku ada dalam bilik, aku dengar semua orang nyanyikan lagu "HEPI BIRTHDAY TO U", tapi kudrat tidak membenarkan ku untuk melakukan itu. MAAF. Aku tidak punya kekuatan untuk berdepan denganmu. Aku hanya mampu untuk mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" pada ruangan FB yang membenarkan kita untuk menulis secara tertutup hanya untuk kau dan aku.

Aku ingat lagi, kau katakan padaku bahawa "TIDAK BEST SEKIRANYA KITA XBERCAKAP". YA!! aku mengaku, memang itu benda yang paling tidak best yang berlaku dalam hidupku. Untuk pertama kalinya aku menangis membaca mesej dalam FB sedangkan itu cuma satu mesej singkat tapi amat bermakna dalam secebis kehidupan ku.

Sekali lagi, dengan rasa rendah hati, aku memohon kemaafan kerana banyak perkara yang tidak kita rancang yang berlaku sepanjang kita melalui kehidupan ini. Aku juga teringin sangat berterima kasih sebab sudi menjadi salah satu penyeri dalam hidup ku. Apa yang aku ingin katakan, kita hanya mampu merancang, selebihnya itu adalah kerja Allah. Sekiranya perancangan kita mengena. ITU SATU BONUS UNTUK KITA. TAHNIAH.

Sebelum aku sudahkan tulisan ini, aku mendoakan kebaikan dan kejayaan melakari setiap perjalanan hidupmu. Kau masih lagi sahabatku, cuma kau sudah menjadi sahabat bisu yang berkata melalui tulisan yang kau zahirkan padaku, tapi TERIMA KASIH sebab masih berani memperkatakan sesuatu walaupun semuanya telah hilang. Jaga diri ;)

LOVE,
Suhana Dullah.

p/s : Maaf, aku xtag kau untuk notes ni. Aku xmau heboh orang memperkatakan tentangnya. Apa yang aku harap, agar kau membuka notes ni dan membacanya. Aku berdoa agar Allah membuka pintu hati mu untuk membaca notes ini. ;)

Persahabatan kita tetap selamanya :)

-Dia ni kawan aku yang baik, aku suka dia, dia rajin berusaha walaupun dia xberapa baik dalam soal akademik tapi aku suka usahanya yang membuatkan dia nampak lagi baik dan menonjol dari orang lain. Aku tetap anggap dia CEMERLANG walaupun dia tidak berada dikategori itu. Jangan pandang rendah padanya ;)

25/12 [RUB]

RUB,
Aku rasa ini perkenalan pertama antara kita walaupun kita sudah lama kenal agaknya [ye ke?:))]. Perkenalan pertama ni membuatkan aku lebih menghargai persahabatan yang wujud antara kita. Aku tahu kau baik hati, sikap keanak-anakan kau membuatkan semua orang senang. Kau lucu, manis, banyak cakap dan lurus! Tika semua orang mengambil kesempatan pada aku, kaulah orang yang memulihkan semangatku. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!

Kau kawan yang baik pada pandangan ku, bahkan terlalu baik. Aku tidak segan untuk berkongsi dan bercerita apa-apa denganmu sebab aku tahu walau apa yang berlaku, kau tetap ada solution yang baik dan positif untuk sesuatu itu. Oleh itu, aku berasa selamat untuk bercakap pasal apa pun dengan kau. ;)

Kau juga tidak lupa kawan, dalam kesibukan semua orang untuk pergi dari kampung halaman, kau pun turut pergi juga untuk menggarap faedah untuk diri kau sendiri. Begitu juga aku, aku pun pergi tapi sebanyak-banyak yang pergi kaulah orang yang tidak lupakan aku. Tapi mungkin sebab aku pun tidak pernah melupakan kau. heeeeee~! ;)

Banyak kesedihan dan kepedihan yang kita lalui bersama. Kau tahu dimana semua punca itu berlaku, dan kau pernah nyatakan kepadaku "Lupakan semua itu, berdepan dengan masalah dan selesaikannya". Aku jadi takut, bukan takut untuk menyelesaikan masalah tapi takut untuk menghadapi masalah itu. Kau pun turut mengalaminya, tapi dengan senang kau boleh menepis semua perasaan kau dan menghadapi semuanya dengan baik. ITU YANG TERBAIK PASAL KAU.

Semenjak dari situ, aku belajar sesuatu yang sukar. Sesuatu yang bukan sikapku dan bukan yang terbaik bagiku tapi memang sesuatu yang positif untuk menghadapi hidup yang panjang ini. "MEMAAFKAN" Itu adalah sesuatu yang paling sukar untuk aku lakukan, tapi kau telah meniup sikap itu dalam hatiku sejak pertama kau mengenali aku.

Lucu bila aku ingatkan saat itu, aku pun xtahu bagaimana dengan mudah aku boleh menerima kau dalam hatiku dengan senang sedangkan aku bukan seorang manusia yang mempunyai sikap seperti itu. Aku sukar untuk menerima sesiapa sahaja dalam waktu yang singkat. Tapi kau?? Mudah untuk aku terima, hanya dalam beberapa saat, kau duduk dihadapanku dan memulakan ceritamu dan dengan serta merta itu jugalah aku rasa hatiku terpaut padamu.

Sejak itulah kau menjadi sahabat terbaikku. Sampai hari ini, kau masih lagi yang terbaik padaku. Thanx a lot ;)

Biarlah kau menjadi milikku ;)

-Dia ni, orangnya baik cuma agak perlu diberitahu setiap masa. Dia okay sebenarnya, bijak, tidak suka ambil kesempatan dan agak nakal. Dia seangkatan dengan aku dan aku harap dia dapat kekal naik kapal yang sama dengan aku untuk terus berjalan ke kehidupan yang satu lagi. Apa pun yang berlaku kelak, sama-sama kita tempuhi. Cheers~!

19/06 [DMH]

DMH,
Aku tahu terpancar seribu keresahan dan kegelisahan pada sinar matamu kerana risaukan aku yang agak tahu menjaga diri. Banyak yang ingin aku katakan, tapi bila aku menulis tentang dirimu, banyak yang hilang. Semuanya berlumba-lumba untuk pergi. Aku pun xtahu kenapa tapi itulah lumrah, bila kita ingin memiliki sesuatu, sukarlah sangat sesuatu itu untuk dimiliki. Betul?? ya!! sungguh aku tahu kau akan mengiyakan apa yang aku katakan sebentar tadi. Aku tahu, semua yang aku  katakan akan kau iyakan walaupun sungguh aku salah. KAULAH YANG TERBAIK YANG PERNAH AKU MILIKI!!

Ada sesuatu pada dirimu yang membuatkan aku bebas menjadi sesiapa yang aku mahu. Aku senang berada dalam keadaan itu. Cuma kadang aku hilang tumpuan dek kerana terlalu selesa, tapi itu bukan sesuatu yang sepatutnya membimbangkan dirimu kerana aku sentiasa berada dalam landasan yang sama dengan landasan yang ingin kau tuju. Aku ingin kau tahu, walau apa pun yang berlaku, aku tetap milikmu. Aku masih aku yang dulu walaupun kau merasa ada sesuatu perubahan yang besar berlaku dalam diriku. YA!! aku mengaku, perubahan berlaku. Tapi perasaan itu tidak pernah berubah. Hanya itu yang patut kau simpan kemas dalam lipatan hatimu.

4tahun. Aku tahu kau risaukan angka itu. kerisauan itu jelas terpancar pada setiap tingkah lakumu. Kau risau wujudnya satu kebosanan pada angka dan masa yang agak panjang itu. Sungguh, aku ingin kau tahu bahawa itu hanyalah satu angka yang tidak akan memberi impak apa-apa pada diriku mahupun dirimu. Secara jelas, sampai saat ini, aku tetap berpihak padamu dalam apa jua keadaan. Apa yang aku mahu, cuma kau perlu konsisten dalam setiap sesuatu yang kau lakukan dalam hubungan ini. Tapi setakat ini, tahniah!! anda telah berjaya melayakkan diri anda ke peringkat seterusnya.

Kau perlu tahu, KAU YANG TERBAIK PERNAH AKU MILIKI. Percayalah, semua ini akan berterusan. Apa yang penting sekarang, kau jaga diri kau baik-baik. :) Dan kita sama-sama akan cuba perbaiki setiap keretakan dan lubang-lubang kecil yang wujud dalam setiap apa yang terjadi sepanjang kita menempuhi landasan yang agak bergelora ini. Cuma kita perlu tabah, percaya, sabar dan saling menyokong antara satu sama lain. Kita juga harus saling mengurangkan tekanan yang agak besar yang sedang berlaku dalam setiap langkah kita menuju ke tempat yang lebih selesa itu. Aku tahu kau sungguh memahami ku dan sanggup berubah untuk menyelesakan ku. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUKMU.

Aku mohon satu perkara darimu, jangan korbankan kepentingan dirimu untuk kepentingan ku sebab aku mahu kau ajar aku sesuatu -BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI- Kau tidak pernah membiarkan aku berdiri sendiri. Kenapa kau harus berbuat seperti itu dan membebankan dirimu sendiri??! sedangkan aku tahu cara untuk berdiri dengan betul!!  Kau selalu menyatakan kau kasihankan aku, kau kasihkan aku dan kau sayangkan aku. Aku bukannya tidak mahu untuk dikasihankan, untuk dikasihi atau untuk disayangi, cuma aku mahukan sesuatu yang fair. Sesuatu yang aku boleh buat tapi sesuatu itu jugaklah yang tidak kau berikan padaku. HUH~! sungguh aku mengeluh kalau kau tidak memberinya padaku. Tapi sekurang-kurangnya, thanx sebab telah memberiku peluang untuk naik bas sendiri. ;)

Satu lagi sebelum aku kehabisan idea, aku sayangkan kau xkira apa jua yang berlaku. Kita harus bersama. Semoga tuhan memberikan kita ruang dan peluang untuk menghadapi hidup ini bersama. Mari kita sama-sama berdoa."YA ALLAH, YA TUHANKU, JIKA DIA BAIK UNTUKKU DEMI DUNIAKU DAN AKHIRATKU, MAKA MUDAHKANLAH JODOH KAMI. AMIN~!" Hatiku hanya satu, dan satu itu untuk mu. Janganlah curiga lagi. "AKU TETAP MILIKMU"

LOVE,
SUHANA DULLAH  ;)

Pertemuan semula dan terakhir...?

-Dia ni orang yang 1st aku merasa kehadirannya dalam hatiku, agak tragik apa yang pernah berlaku antara kami. Tapi, aku percaya, tuhan sentiasa menguji hambaNya yang di sayanginya. Kan? Untuk itu, aku terus kuat dan hidup dengan baik sampai hari ini :) Cheers~!


13/07 [MFA]

MFA, satu nama yang xpernah mungkin aku lupa dalam hidupku. Mengenalinya adalah satu pengalaman pertama yang paling indah dalam hidupku. Aku bangga kerana aku pernah mengenalinya dan aku bangga kerana aku pernah berada di satu sudut di hatinya. Aku bangga kerana ramai orang ingin memilikinya, tapi tanpa dipaksa dan memaksa, aku secara tidak langsung menjadi suri dalam hatinya tika itu. aku bahagia. aku gembira dan ada sedikit riak di situ kerana aku memiliki hatinya secara rohani yang tidak terlihat oleh sesiapa.

Dia seorang yang manis, suka senyum, tidak sombong walaupun dia memiliki satu pencapaian yang cemerlang berbanding yang lain, serta punya hati dan naluri yang agak baik. Kenangan bersamanya hanya boleh ku kongsikan bersama seorang temanku yang sekarang ini telah hilang - tanpa khabar. Nama dia fatimah. Kami berada dalam satu bidang yang sama. Oleh itu, mudah untuk aku berkongsi dengannya. Entah dimana dia berada sekarang. Aku sedang mencarinya. heeee ~! ;)

[08/05/2010]- sabtu.
Entahlah bagaimana kami boleh bertemu tadi. Hati aku rasa sungguh gembira dan agak terkejut. BTW, thanx sebab siap belanja makan lagi. Heeeee~! ;) Senyumannya masih macam dulu. Tetap buat hatiku berkocak, YA! DIA MEMANG KACAK!! Ini adalah satu benda yang aku xjangka dalam hidupku, -BERTEMU SEMULA DENGANNYA setelah bertahun xjumpa dan yang paling tidak ku duga ialah -DIA MASIH KENAL AKU-

Sedangkan dulu, kami jumpa beberapa kali sahaja, itupun dalam pertemuan yang tidak terduga di padang sekolah kerana kami berada dalam satu  bidang yang sama dan sesekali dalam pertemuan yang sudah diaturkan oleh masa rehat sekolah ku -di kantin, waktu makan-.  BETAPA AKU JATUH CINTA PADANYA!! Sedangkan waktu itu, usiaku hanya 11-12 tahun sahaja. Sedangkan dia??? hmm..Sungguh!! aku betul-betul xtahu usianya ketika itu. Tapi, masa berubah dan semua orang pun turut sama berubah. Dia pernah cakap dengan aku, dia akan tunggu aku. haha! Satu lawak jenaka yang dibuatnya yang membuatkan aku ambil serius pada usia ku semuda itu.

Pedih hatiku bertambah apabila berjumpanya dan dia telah mempunyai seorang anak. Aku xpernah pun dengar berita tentang perkahwinannya. Kelukaan pertama terjadi bila, dia meninggalkan aku begitu sahaja pada beberapa tahun dulu. Mencarinya punyalah sukar. Ke hujung, Ke atas, Ke bawah... masih ku tidak menemuinya. Aku cuba untuk melupakannya. Kelukaan kedua berlaku bila aku berjumpanya semula dan perasaan gembira seharusnya menyelubungi aku, akan tetapi sedih dan pedih yang bertandang. -DIA TELAH PUN BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK LELAKI-

Sungguh tidak ku sangka, dia telah berkahwin dan aku langsung tidak mengetahui tentangnya. Hmm...sejak pertemuan semula itu, aku asyik terkenangkannya. Aku bukan mahu memilikinya, tapi cukuplah dengan dia memberikan aku sepotong dua penjelasan yang aku ingin dengar sejak beberapa tahun lalu. MFA, kau masih punya magnet macam dulu!!

Kini, aku tahu aku salah kerana masih menyimpan rasa yang "dulu" terhadapmu sedangkan kau sudah dimiliki oleh wanita yang bertuah pada pandanganku. Aku minta maaf, kerana menimbulkan rasa yang tidak selesa antara kita. Dengan itu, aku mahu kau tahu, sejak pemergianmu lama dulu, aku telah membuang kau dari hidupku dan membuang dirimu dari hidupku adalah satu kelegaan. Bukannya kelegaan yang direka, atau sekadar untuk menyedapkan hati orang yang memiliki kita tapi ia adalah satu KELEGAAN YANG LUAR BIASA kerana setelah penat menangis dan meratapi kehilanganmu, barulah aku dapat melihat satu keajaiban yang Allah berikan yang aku sendiri sukar untuk menerimanya saat itu.

Tahu apa "KELEGAAN DAN KEAJAIBAN" yang Allah berikan padaku itu??
Itulah tabah dan kekuatan untuk melepaskan orang yang kita sayangi kerana hari ini aku telah melihat bukti yang Allah tunjukkan padaku. Tahu apa bukti itu?? SETELAH DUA KALI KITA BERTEMU DAN SETELAH DUA KALI KITA JATUH HATI DAN MERASA WUJUDNYA SAYANG DALAM HATI KITA UNTUK SATU SAMA LAIN, DUA KALI ITU JUGALAH YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA TIDAK DIBENARKAN BERSAMA OLEH ALLAH. ALLAH MENAMPAKKAN KEKUASAANNYA DAN MAHU KITA MENERIMA TAKDIR ITU. WALAU BERAPA KALI PUN KITA BERTEMU DAN JATUH HATI, TUHAN TETAP XKAN MENJADIKAN ITU JODOH KITA KERANA KAU BUKAN MILIKKU DAN AKU PULA?? JUGA DIMILIKI OLEH ORANG LAIN!!!

p/s: Didedikasikan buat orang yang paling aku sayang, -MFA- serta seluruh keluarga mu. Isterimu, dan anak lelaki sulungmu yang chumell. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIRNYA.

LOVE,
Suhana Dullah ;)

Semua tentang aku ;)

Aku? su3 [mesra lagi panggil tuh]
Umur?  21 tahun bila tarikh menjejak 13july2011
Aku budak biasa, yang punya pencapaian yang biasa dan ingin hidup macam biasa seperti orang-orang biasa.
Aku punya kehidupan yang sederhana, punya keluarga untuk membincangkan masalah aku dan punya kawan-kawan yang boleh berkongsi dengan aku.
Pengalaman pahit? Biasalah, semua orang punya pengalaman pahit, ada yang kena gigit buaya, ada yang kena langgar kereta, ada yang bertemu dengan makhluk ghaib...dan aku pula? xla extrim sangat sampai punya kenangan yang pahit seperti peria yang macam kamu andaikan. Kenangan pahit aku, macam orang lain jugak, putus cinta, putus duit n putus sahabat...putus jari xla pulak..ok?;)

Biarlah kita teruskan tulisan ni dengan cerita yang lebih parah yang berlaku dengan aku dalam hidup ni.
Jom ikut aku untuk tahu macam mana hidup bergerak dan memanipulasi. Teruskan membaca ;)
 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner