Tuesday, January 18, 2011

Sesuatu yang hilang...?

AAJ [29/11]
Kita bukan lagi asing antara satu sama lain. Aku umpama kau, kau umpama aku. Kita seperti SATU, kurang selisih dan banyak memahami. Aku senang punya kawan macam kau, sebab aku? Susah difahami, susah didekati dan sukar untuk diterjemahkan. Mujur ada kau, xperlu aku menjadi orang lain dan memudahkan diriku untuk difahami oleh orang lain yang baru ku kenali.

Kita, walaupun duduk berjauhan, tapi boleh berinteraksi, saling bercerita dalam nada yang senyap dan semua orang xfaham. Kita, walaupun duduk bersebelahan, tanpa kata, tapi kita sebenarnya sedang bercerita. Namun, cerita itu, hanya kita yang faham. Bahagia sungguh saat itu. Kita ketawa, saling gembira, berkongsi cerita dan bahagia.

Pernah sekali, kita bergaduh. Ah, sungguh keanak-anakan sikapku waktu itu! Maaf. Tapi akhirnya, kita berbaik semula tanpa ada dendam. Terima kasih. Kau seorang yang matang, cukup pengamatan pada pandanganku. Punya pengertian yang tinggi dan pemahaman yang baik terhadap keluargamu.

Tahniah, kau Berjaya melepasi “stage” yang aku xdapat lepasi dengan baik. Iaitu Stage pengertian yang mendalam dan memahami untuk keluarga sendiri. Tapi semua ni mungkin sebab kau anak pertama, dan aku pula? ANAK TERAKHIR DALAM ADIK-BERADIK KU. Aku kurang menghayati erti-erti kekeluargaan. Tapi, sejak dari pemerhatianku terhadap sikapmu, aku mula faham, siapa dia keluarga dan siapa dia yang harus dikategorikan sebagai “ORANG LAIN”.


Kita adalah kawan yang bermula dari alam sekolah rendah dan berakhir pada zaman universiti. Betulkah semua ni berlaku? Aku tidak punya jawapannya sebab kau tidak lagi bercakap denganku. Mungkin, kita sudah punya haluan masing-masing dan aku tahu kau telah banyak Berjaya dalam hidup mu. Aku gembira untuk kau. Akan tetapi, semua ni buat aku musykil dan hairan tentang apa yang berlaku.

Sekarang kita duduk bersebelahan tapi satu pun perkataan yang aku ucapkan, kau langsung tidak memahaminya lagi sedangkan dulu, walaupun tidak bercakap, kau mampu memahami apa yang ingin aku ceritakan.

YA!! Mungkin sekarang kita sudah jauh berbeza dan juga mungkin sebab kita sudah jauh terpisah.

Apalah sangat ada pada jarak jika dibandingkan dengan ISI persahabatan kita yang bertahun-tahun lamanya…?

Ya, timbul satu persoalan pada penyataan itu.  Kenapa jarak SEPERTI membuatkan kita jauh?? *confused* *sigh*

Tapi mungkin bukan sebab jarak, ada sesuatu yang lain yang melakukan semua ini. Walaupun ianya sesuatu yang lain, aku tahu, kau rela melakukannya dan aku?? Aku hormat keputusanmu. Terima kasih sebab pernah menjadi kawan terbaikku dan terima kasih sebab beri ruang untuk memahamiku. Mungkin semuanya sudah berakhir antara kita, satu yang aku mahu kau tahu... MINTA MAAF ATAS SETIAP KESILAPANKU ~!
Dan... ya, memang berakhir pun!! hehe ;) 

BTW, aku gembira sebab kau bahagia dengan kehidupanmu. Semoga kau gembira hendaknya. ;) Cheers~

LOVE,
Suhana Dullah.

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner