-Dia ni orang yang 1st aku merasa kehadirannya dalam hatiku, agak tragik apa yang pernah berlaku antara kami. Tapi, aku percaya, tuhan sentiasa menguji hambaNya yang di sayanginya. Kan? Untuk itu, aku terus kuat dan hidup dengan baik sampai hari ini :) Cheers~!
13/07 [MFA]
MFA, satu nama yang xpernah mungkin aku lupa dalam hidupku. Mengenalinya adalah satu pengalaman pertama yang paling indah dalam hidupku. Aku bangga kerana aku pernah mengenalinya dan aku bangga kerana aku pernah berada di satu sudut di hatinya. Aku bangga kerana ramai orang ingin memilikinya, tapi tanpa dipaksa dan memaksa, aku secara tidak langsung menjadi suri dalam hatinya tika itu. aku bahagia. aku gembira dan ada sedikit riak di situ kerana aku memiliki hatinya secara rohani yang tidak terlihat oleh sesiapa.
Dia seorang yang manis, suka senyum, tidak sombong walaupun dia memiliki satu pencapaian yang cemerlang berbanding yang lain, serta punya hati dan naluri yang agak baik. Kenangan bersamanya hanya boleh ku kongsikan bersama seorang temanku yang sekarang ini telah hilang - tanpa khabar. Nama dia fatimah. Kami berada dalam satu bidang yang sama. Oleh itu, mudah untuk aku berkongsi dengannya. Entah dimana dia berada sekarang. Aku sedang mencarinya. heeee ~! ;)
[08/05/2010]- sabtu.
Entahlah bagaimana kami boleh bertemu tadi. Hati aku rasa sungguh gembira dan agak terkejut. BTW, thanx sebab siap belanja makan lagi. Heeeee~! ;) Senyumannya masih macam dulu. Tetap buat hatiku berkocak, YA! DIA MEMANG KACAK!! Ini adalah satu benda yang aku xjangka dalam hidupku, -BERTEMU SEMULA DENGANNYA setelah bertahun xjumpa dan yang paling tidak ku duga ialah -DIA MASIH KENAL AKU-
Sedangkan dulu, kami jumpa beberapa kali sahaja, itupun dalam pertemuan yang tidak terduga di padang sekolah kerana kami berada dalam satu bidang yang sama dan sesekali dalam pertemuan yang sudah diaturkan oleh masa rehat sekolah ku -di kantin, waktu makan-. BETAPA AKU JATUH CINTA PADANYA!! Sedangkan waktu itu, usiaku hanya 11-12 tahun sahaja. Sedangkan dia??? hmm..Sungguh!! aku betul-betul xtahu usianya ketika itu. Tapi, masa berubah dan semua orang pun turut sama berubah. Dia pernah cakap dengan aku, dia akan tunggu aku. haha! Satu lawak jenaka yang dibuatnya yang membuatkan aku ambil serius pada usia ku semuda itu.
Pedih hatiku bertambah apabila berjumpanya dan dia telah mempunyai seorang anak. Aku xpernah pun dengar berita tentang perkahwinannya. Kelukaan pertama terjadi bila, dia meninggalkan aku begitu sahaja pada beberapa tahun dulu. Mencarinya punyalah sukar. Ke hujung, Ke atas, Ke bawah... masih ku tidak menemuinya. Aku cuba untuk melupakannya. Kelukaan kedua berlaku bila aku berjumpanya semula dan perasaan gembira seharusnya menyelubungi aku, akan tetapi sedih dan pedih yang bertandang. -DIA TELAH PUN BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK LELAKI-
Sungguh tidak ku sangka, dia telah berkahwin dan aku langsung tidak mengetahui tentangnya. Hmm...sejak pertemuan semula itu, aku asyik terkenangkannya. Aku bukan mahu memilikinya, tapi cukuplah dengan dia memberikan aku sepotong dua penjelasan yang aku ingin dengar sejak beberapa tahun lalu. MFA, kau masih punya magnet macam dulu!!
Kini, aku tahu aku salah kerana masih menyimpan rasa yang "dulu" terhadapmu sedangkan kau sudah dimiliki oleh wanita yang bertuah pada pandanganku. Aku minta maaf, kerana menimbulkan rasa yang tidak selesa antara kita. Dengan itu, aku mahu kau tahu, sejak pemergianmu lama dulu, aku telah membuang kau dari hidupku dan membuang dirimu dari hidupku adalah satu kelegaan. Bukannya kelegaan yang direka, atau sekadar untuk menyedapkan hati orang yang memiliki kita tapi ia adalah satu KELEGAAN YANG LUAR BIASA kerana setelah penat menangis dan meratapi kehilanganmu, barulah aku dapat melihat satu keajaiban yang Allah berikan yang aku sendiri sukar untuk menerimanya saat itu.
Tahu apa "KELEGAAN DAN KEAJAIBAN" yang Allah berikan padaku itu??
Itulah tabah dan kekuatan untuk melepaskan orang yang kita sayangi kerana hari ini aku telah melihat bukti yang Allah tunjukkan padaku. Tahu apa bukti itu?? SETELAH DUA KALI KITA BERTEMU DAN SETELAH DUA KALI KITA JATUH HATI DAN MERASA WUJUDNYA SAYANG DALAM HATI KITA UNTUK SATU SAMA LAIN, DUA KALI ITU JUGALAH YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA TIDAK DIBENARKAN BERSAMA OLEH ALLAH. ALLAH MENAMPAKKAN KEKUASAANNYA DAN MAHU KITA MENERIMA TAKDIR ITU. WALAU BERAPA KALI PUN KITA BERTEMU DAN JATUH HATI, TUHAN TETAP XKAN MENJADIKAN ITU JODOH KITA KERANA KAU BUKAN MILIKKU DAN AKU PULA?? JUGA DIMILIKI OLEH ORANG LAIN!!!
p/s: Didedikasikan buat orang yang paling aku sayang, -MFA- serta seluruh keluarga mu. Isterimu, dan anak lelaki sulungmu yang chumell. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIRNYA.
LOVE,
Suhana Dullah ;)
Tuesday, January 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment