Tuesday, January 18, 2011

Maafkan aku teman :'(

-Tentang dia, aku xnak ulas banyak, kamu bacalah sampai habis ok?? :)
24/11 [FA]

Aku sayangkan kau. Tidak semestinya kita menzahirkan perasaan sayang itu hanya pada orang yang kita sayangi, lelaki bagi perempuan dan perempuan bagi lelaki. Aku suka menzahirkan sayang untuk orang yang dekat dengan aku pada batinnya walaupun jauh pada zahirnya. Untuk kau, aku memang sayangkan kau. "truely, deeply, madly".

Pada zahirnya, aku bukan seorang yang cepat mesra, aku juga bukan seorang yang suka bercerita, aku hanyalah seorang yang tidak tahu bergaul dan tidak mempunyai ramai kawan. Boleh aku kira berapa ramai yang menghuni hatiku ini sebagai kawan, teman, sahabat dan apa jua gelaran yang menjadi satu penitian dibibir semua orang pada waktu dan ketika ini. Aku agak tertutup orangnya, dan kau pun tahu tentang itu.

Aku sebenarnya bukan menjadi temanmu, kita berteman adalah secara kebetulan dan aku xtahu bila kita menjadi teman, kawan dan sahabat. -DALAM WAKTU YANG SINGKAT SEBENARNYA- Bagaimana ianya terjadi pun menjadi persoalan dalam hatiku saat ini. Aku sedang berusaha mengingati dimana titik perkenalan itu. Aku cuba, saban hari, tapi aku tidak menemuinya. -aku berharap kau tahu dimana titik mulanya semua ni- sebab aku rasa, semua ni adalah satu fenomena yang tiba-tiba, tanpa terduga.

Aku senang dengan kau, kau baik hati, tidak berkira dan pemurah. wah!! aku suka banyak tentang kau. kau bijak, banyak boleh dikongsikan dengan kau. Semua cerita pun boleh masuk bila aku cerita dengan kau. Semua pun kau faham. Aku senang dengan itu. -IM GLAD TO BE HERE BY UR SIDE-

Tapi, kegembiraan dan kesenangan itu tidaklah terlalu lama. Aku baru cuba untuk menyesuaikan diri denganmu. Kita telah dilanda satu krisis yang agak mengecewakan mu. Aku ada plan lain yang aku sendiri xtahu bila aku akan laksanakan, dan kau pulak berasa aku akan terus berada di situ. Aku rasa susah hati, sebab aku ada rancangan lain yang aku tidak luahkan dan ceritakan padamu. YA!! banyak yang aku ceritakan padamu, tapi bukan semua yang berlaku dalam hidupku, yang aku ceritakan itu, hanyalah mukadimah yang kau perlu tahu tentang aku.

Sebab pada pandanganku, kita baru diambang pengenalan pada muka surat satu. Aku kesal, sebab aku yang memusnahkan semua itu. Sebabkan aku rasa kita masih di muka surat satulah yang membuatkan kau jauhkan diri dari ku. Kau sudah mula tidak bercakap denganku. Kau pun sudah mula mengelak dariku.Aku cuba untuk berkomunikasi denganmu, aku cuba membuang rasa tahu bahawa kau sudah mula menjauh dari ku. Tapi semuanya sudah terlewat, kita tidak lagi seperti dulu.

Kita duduk di satu meja makan yang sama, tapi ada satu tembok batu yang memisahkan komunikasi dan membekukan lidah kita untuk saling berbicara. Kita duduk bersebelahan kerusi tapi hati kita saling berjauhan walaupun jasad berada pada titik yang sama. Aku tahu semua ni silapku, aku yang mulakan semua ni tanpa kita sedari. Aku minta maaf sebab kalau aku berada pada tempat kau berdiri tika itu, aku pun akan berbuat perkara yang sama. Oleh itu, aku tidak pernah salahkan kau atas keretakan yang berlaku. Aku cuba perbaikinya, tapi kita sudah semakin jauh. Aku tidak mampu lagi mengejarmu. Aku hanya mampu soroti mu dengan pandangan mata yang berharap agar kau kembali.

Aku ingat lagi, masa hari jadi kau. Waktu tuh, aku ada dalam bilik, aku dengar semua orang nyanyikan lagu "HEPI BIRTHDAY TO U", tapi kudrat tidak membenarkan ku untuk melakukan itu. MAAF. Aku tidak punya kekuatan untuk berdepan denganmu. Aku hanya mampu untuk mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" pada ruangan FB yang membenarkan kita untuk menulis secara tertutup hanya untuk kau dan aku.

Aku ingat lagi, kau katakan padaku bahawa "TIDAK BEST SEKIRANYA KITA XBERCAKAP". YA!! aku mengaku, memang itu benda yang paling tidak best yang berlaku dalam hidupku. Untuk pertama kalinya aku menangis membaca mesej dalam FB sedangkan itu cuma satu mesej singkat tapi amat bermakna dalam secebis kehidupan ku.

Sekali lagi, dengan rasa rendah hati, aku memohon kemaafan kerana banyak perkara yang tidak kita rancang yang berlaku sepanjang kita melalui kehidupan ini. Aku juga teringin sangat berterima kasih sebab sudi menjadi salah satu penyeri dalam hidup ku. Apa yang aku ingin katakan, kita hanya mampu merancang, selebihnya itu adalah kerja Allah. Sekiranya perancangan kita mengena. ITU SATU BONUS UNTUK KITA. TAHNIAH.

Sebelum aku sudahkan tulisan ini, aku mendoakan kebaikan dan kejayaan melakari setiap perjalanan hidupmu. Kau masih lagi sahabatku, cuma kau sudah menjadi sahabat bisu yang berkata melalui tulisan yang kau zahirkan padaku, tapi TERIMA KASIH sebab masih berani memperkatakan sesuatu walaupun semuanya telah hilang. Jaga diri ;)

LOVE,
Suhana Dullah.

p/s : Maaf, aku xtag kau untuk notes ni. Aku xmau heboh orang memperkatakan tentangnya. Apa yang aku harap, agar kau membuka notes ni dan membacanya. Aku berdoa agar Allah membuka pintu hati mu untuk membaca notes ini. ;)

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner