Tuesday, August 02, 2011

Terkilan~

Assalammuallaikum~

Mari kita sama-sama berdoa memohon keampunan kepada yang ESA, Allah s.w.t...


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri; maka ampunilah akan dosaku”.
Surah Al Qasas [28] :16

 Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini, saya memohon kemaafan dan keberkatan daripada Allah yang maha pencipta dan maha penyayang. Sesungguhnya engkaulah yang maha memberi rezeki dan maha mengampuni.  

Sebelum saya meneruskan iktibar daripada cerita yang saya mahu ceritakan ini, saya memohon maaf dan pengertian ke atas tingkah laku dan sikap saya yang agak keterlaluan. sesungguhnya, saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada hasutan syaitan yang durjana dan di laknat Allah. Semoga tuhan mendalami dan mengerti niat baik saya sepanjang saya melakukan teguran dan nasihat ke atas kamu. Banyak2 minta maaf.
"Saya menceritakan kisah ini hanya sebagai renungan untuk wanita muslimah di luar sana. Jaga tingkah laku dan akhlak dan jagalah maruah kawan seagama sendiri. Semoga tuhan merahmati kamu ...ttteeettt... (nama dirahsiakan)"

Ceritanya begini, saya sekarang tinggal berjauhan dengan keluarga saya atas sebab yang kukuh, iaitu melanjutkan pelajaran ke luar daerah tempat tinggal saya. Saya bersyukur kerana sampai hari ini, tuhan masih menjaga kesucian, hati dan akal fikiran saya sebagai seorang muslim. Saya bukan seorang yang kuat agama, bahkan sebenarnya saya tidak bertudung dahulu (sekarang dah mula menjinakkan diri la..) dan yang paling teruk saya cuma score "A" dalam pengajian agama dari sekolah rendah sampailah sekarang dan beragama islam hanya pada nama tapi jarang melakukan benda yang wajib untuk dilakukan. (Terima kasih tuhan, sebab sekarang saya sudah mula berubah.) 

Saya tahu apa yang wajib dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam islam. Saya tahu tentang itu sedikit sebanyak, bahkan dulu saya pernah menghafal hadis, surah-surah dalam Al-quran dan macam-macam lagi hal2 berkaitan agama. cuma yang malangnya, saya tidak mahu mengamalkannya sahaja. Teruknya saya kan? (Insya-Allah sedikit masa lagi, saya akan berubah. Sekarang saya sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya!) 

Saya ada satu perangai buruk, iaitu menegur orang lain dengan cara yang tidak berhemah. hehe :) (maaf semua!) Dan oleh sebab perangai buruk itu, saya "stuck" dalam satu masalah yang melanda saya sekarang. (Tapi itu bukan masalah saya sebenarnya, itu masalah c ttteeettt dengan tuhan. Cuma orang lain menganggap bahawa kesalahan itu terletak di bahu saya. ;)) 

Saya bukanlah seorang yang baik, seperti yang saya ceritakan tadi. Saya memang jahat, saya memang kaki lepak, saya memang berkawan dengan lelaki dan kurang berkawan dengan perempuan walhal saya sendiri perempuan. Akan tetapi, saya tahu menjaga batas pergaulan saya dengan lelaki2 yang bukan mahram saya. Saya tahu halal haram yang wujud antara lelaki dan perempuan. Saya belajar pasal itu semua. Saya score "A" dalam bab itu, tapi bukanlah saya nyatakan bahawa saya sudah setaraf dengan ilmuwan islam dan para2 mazhab dan ulama di luar sana. Saya cuma belajar yang asas sahaja yang ada dalam pengajian islam di sekolah rendah dan menengah serta pendidikan tinggi sekarang. Ilmu tentang agama saya terhad kepada itu sahaja.  Tapi lebih baik saya tahu yang halal dan yang haram, yang baik dan yang buruk daripada saya langsung tidak tahu berkaitan semua itu. is it guys? ;)


Halnya berkaitan dengan c ttteeettt, yang membawa masuk (kawan lelakinya) ke rumah yang saya duduki sekarang (walaupun dia sedia maklum bahawa rumah ini adalah untuk perempuan sahaja!)  Semua orang sudah sedia maklum, bukanlah saya mahu mempertikaikan sikap dan kelakuannya yang diajar dirumah oleh ibu bapanya. (Saya mendoakan supaya ibu bapanya terlepas daripada dosa yang dilakukannya. Amin~) Cuma yang saya pertikaikan di sini ialah :

  1. Dia ialah wanita muslim yang saya lihat bertudung apabila keluar rumah, solat 5waktu sehari semalam, bersuara dalam nada yang rendah, mempunyai tingkah laku yang baik (sebelum perkara ini berlaku), dan sopan santun yang baik.
  2. Antara 14 (7orang muslim & 7orang bukan muslim ) orang yang ada dalam rumah saya ni, yang paling saya tidak boleh terima ialah dia yang muslim, yang paling tua, tapi dia juga lah yang berperangai macam hantu. 

Saya teringat pula, ada saya terbaca daripada pantun agama oleh dewan bahasa 
yang menyebut "Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam." hehe :) 

Saya terasa sangat dengan pantun itu, sungguh terkena dengan saya. Tapi yang saya kesalkan di sini, yang tahu pasal agama lah yang mengaibkan agama itu sendiri. Sungguh MENGHINA sekali~ teramat menyakitkan hati saya. Kalau pun mau buat jahat, janganlah di hadapan semua orang..lagi2 yang bukan muslim, apakah yang mereka fikirkan? bukannya kita mampu membaca niat dan fikiran orang lain terhadap kita.

Istilah "KUBUR MASING2" itulah yang menjahanamkan manusia beragama islam zaman sekarang ini. Sungguh keji ayat itu. Saya takut suatu hari nanti, orang yang selalu melafazkan perkataan ini, akan tiada orang yang mahu menguburkannya. Semoga semua muslim di malaysia dirahmati Allah dan dijauhi dari perkara2 yang buruk.

Cuma satu pinta saya, apabila ada orang yang mahu memberikan kita teguran tentang sikap buruk kita, maka bersyukurlah, sesungguhnya ada lagi orang yang mahu bersama kamu di syurga kelak. Jangan wujudkan perkataan "SUKA HATI AKULAH, MAK BAPAK AKU PUN TAK SEBOK

Amat rendah nilai keislaman yang ada pada diri anda. Saya malu sebab menegur dan dibalas dengan ucapan sedemikian. Saya meminta maaf, mungkin cara teguran saya tidak betul, tapi isi yang saya sampaikan waktu itu masih boleh diterima walaupun kamu membenci saya. Tapi, sungguh kamu dibutakan oleh kemarahan yang mampu melihatkan kekurangan bijaknya diri kamu terhadap saya yang terlalu muda dari kamu jika mahu membandingkan tentang fasa umur yang kita lalui sekarang. 

Akhir sekali, semoga wujud sinar keinsafan dalam hati kamu. Semoga yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Janganlah kamu menzalimi hak orang lain. Semoga tuhan bukakan pintu hati kamu dan berikan petunjuk yang akan membuatkan kamu menyedari kesilapan kamu.  

"JANGAN SESEKALI MENGHALALKAN YANG HARAM hanya kerana insan bernama KAWAN~ "

LOVE, 
Suhana Dullah.  


0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner