Sunday, August 07, 2011

Currently at KKIA;Terminal 1. I'm going home guys!! ;))

Hi all~ how are you? I'm really good today, feel much better. How about you guys? I hope everything will gonna be fine today, same goes to you all. Amin~


There's a lot of story I want to share here with you all today. You know what? I feel glad that SABAH is upgrading theirs airport. I'm now searching for shops and I can find it. HAHA~ damn funny because the airport is getting huge and shops is on the other side. Seriously, the airport is hurting my legs!

But so far so good because all the MAS staff is friendly. When I come in the morning, they greet me and ask me if I needed their help. Mas are not only upgrading the system but the staff also. Okay, here are some of the picture that I've take just now. Do not hesitate yourself to choose a good flying service. :)

 "Ruang legar" Within sabah departures gate
 This is me, who sits beside within sabah departure gate. hakhakhak :D
 This is "TW STEEL" watch shops near me. heeeeeeeeeeee~
 Notice board. ;)
 This is an announcement to let us know that AIRPORT SABAH;KKIA;TERMINAL 1 is upgrading their terminal.
Know what? When I said, DO NOT LEAN, THEN DO NOT LEAN LAH! work in PROGRESS! IF JATUH, SEPA TANGGUNG? :P


::::... here's are some of building progress construction of KKIA;TERMINAL 1, take a look. Njoy guys! ;)...::::





 LOVE, 
Suhana Dullah. 
(Home sweet home)

Tuesday, August 02, 2011

Exam paper hari ke-2.

Hai!Hai!Hai!
Assallammualaikum..
Bertemu lagi dalam ruangan yang penuh dengan tulisan dan keajaiban. Kerana kita bertemu dalam satu keadaan yang tulus, tanpa wujudnya sebarang penipun seperti dalam Facebook yang menipu tentang status dan rupa, serta dalam chatting room yang kadang-kadang menipu tentang jantina dan berbagai lagi tentang jenis2 penipuan oleh manusia yang di kawal oleh syaitan hari ini.

Esok, saya akan berhadapan dengan kenyataan yang sukar untuk dijamah. hehe :) tadi pun saya sudah berperang dengan perasaan sendiri apabila menjawab soalan exam peng. Mal. hahaha :D Semoga saya score A hari ini. Janganlah saya ditakdirkan untuk gagal sekali lagi. Saya sudah cukup untuk menempuhi kegagalan selama ini, saya tidak lagi mahu menjadi orang yang gagal!

Biarlah orang nampak saya study terus dan mengejek saya di belakang, yang penting degree ini harus ku habiskan dan grade dengan sempurna. Tingkatkan kekuasaan dengan meningkatkan pointer sem ini. Sem lalu dapat 3.5++, dan sem ni..harapannya dapat 3.++ jugak..klu fikir mau dapat 4.0 tuh..hahaha :D itu sudah mustahil, sebab yang macam itu hanya boleh di dapati dalam mimpi yang tidak nyata. hakhakhak :))

Semoga usaha kali ini membuahkan hasil, Semoga saya berjaya dan menebus semua kesilapan saya semasa saya jatuh kegagalan sebelum ini. KEGAGALAN ITU HARUS DIBALAS DENGAN SERIBU KEJAYAAN!

gud luck tommorow gurl. Chaiyok2. Esok paper peng. Islam. Semoga score A lagik kali ni..zakat dah settle, yang xsettle lagi ni yang teori..hahaha :D ADOYAI! otak saya ni yang kira2 o..susah sikit mau igt yang teori ni. Apapun, kawan2 doakan saya berjaya dan habiskan degree dengan JAYANYA serta POINTER YANG TIDAK MEMALUKAN. hehe :)

Semoga saya dan kamu semua berjaya dunia dan akhirat. Amin~

LOVE,
Suhana Dullah.

Terkilan~

Assalammuallaikum~

Mari kita sama-sama berdoa memohon keampunan kepada yang ESA, Allah s.w.t...


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri; maka ampunilah akan dosaku”.
Surah Al Qasas [28] :16

 Bersempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini, saya memohon kemaafan dan keberkatan daripada Allah yang maha pencipta dan maha penyayang. Sesungguhnya engkaulah yang maha memberi rezeki dan maha mengampuni.  

Sebelum saya meneruskan iktibar daripada cerita yang saya mahu ceritakan ini, saya memohon maaf dan pengertian ke atas tingkah laku dan sikap saya yang agak keterlaluan. sesungguhnya, saya juga manusia biasa yang tidak lepas daripada hasutan syaitan yang durjana dan di laknat Allah. Semoga tuhan mendalami dan mengerti niat baik saya sepanjang saya melakukan teguran dan nasihat ke atas kamu. Banyak2 minta maaf.
"Saya menceritakan kisah ini hanya sebagai renungan untuk wanita muslimah di luar sana. Jaga tingkah laku dan akhlak dan jagalah maruah kawan seagama sendiri. Semoga tuhan merahmati kamu ...ttteeettt... (nama dirahsiakan)"

Ceritanya begini, saya sekarang tinggal berjauhan dengan keluarga saya atas sebab yang kukuh, iaitu melanjutkan pelajaran ke luar daerah tempat tinggal saya. Saya bersyukur kerana sampai hari ini, tuhan masih menjaga kesucian, hati dan akal fikiran saya sebagai seorang muslim. Saya bukan seorang yang kuat agama, bahkan sebenarnya saya tidak bertudung dahulu (sekarang dah mula menjinakkan diri la..) dan yang paling teruk saya cuma score "A" dalam pengajian agama dari sekolah rendah sampailah sekarang dan beragama islam hanya pada nama tapi jarang melakukan benda yang wajib untuk dilakukan. (Terima kasih tuhan, sebab sekarang saya sudah mula berubah.) 

Saya tahu apa yang wajib dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam islam. Saya tahu tentang itu sedikit sebanyak, bahkan dulu saya pernah menghafal hadis, surah-surah dalam Al-quran dan macam-macam lagi hal2 berkaitan agama. cuma yang malangnya, saya tidak mahu mengamalkannya sahaja. Teruknya saya kan? (Insya-Allah sedikit masa lagi, saya akan berubah. Sekarang saya sedang berusaha ke arah itu. Doakan saya!) 

Saya ada satu perangai buruk, iaitu menegur orang lain dengan cara yang tidak berhemah. hehe :) (maaf semua!) Dan oleh sebab perangai buruk itu, saya "stuck" dalam satu masalah yang melanda saya sekarang. (Tapi itu bukan masalah saya sebenarnya, itu masalah c ttteeettt dengan tuhan. Cuma orang lain menganggap bahawa kesalahan itu terletak di bahu saya. ;)) 

Saya bukanlah seorang yang baik, seperti yang saya ceritakan tadi. Saya memang jahat, saya memang kaki lepak, saya memang berkawan dengan lelaki dan kurang berkawan dengan perempuan walhal saya sendiri perempuan. Akan tetapi, saya tahu menjaga batas pergaulan saya dengan lelaki2 yang bukan mahram saya. Saya tahu halal haram yang wujud antara lelaki dan perempuan. Saya belajar pasal itu semua. Saya score "A" dalam bab itu, tapi bukanlah saya nyatakan bahawa saya sudah setaraf dengan ilmuwan islam dan para2 mazhab dan ulama di luar sana. Saya cuma belajar yang asas sahaja yang ada dalam pengajian islam di sekolah rendah dan menengah serta pendidikan tinggi sekarang. Ilmu tentang agama saya terhad kepada itu sahaja.  Tapi lebih baik saya tahu yang halal dan yang haram, yang baik dan yang buruk daripada saya langsung tidak tahu berkaitan semua itu. is it guys? ;)


Halnya berkaitan dengan c ttteeettt, yang membawa masuk (kawan lelakinya) ke rumah yang saya duduki sekarang (walaupun dia sedia maklum bahawa rumah ini adalah untuk perempuan sahaja!)  Semua orang sudah sedia maklum, bukanlah saya mahu mempertikaikan sikap dan kelakuannya yang diajar dirumah oleh ibu bapanya. (Saya mendoakan supaya ibu bapanya terlepas daripada dosa yang dilakukannya. Amin~) Cuma yang saya pertikaikan di sini ialah :

  1. Dia ialah wanita muslim yang saya lihat bertudung apabila keluar rumah, solat 5waktu sehari semalam, bersuara dalam nada yang rendah, mempunyai tingkah laku yang baik (sebelum perkara ini berlaku), dan sopan santun yang baik.
  2. Antara 14 (7orang muslim & 7orang bukan muslim ) orang yang ada dalam rumah saya ni, yang paling saya tidak boleh terima ialah dia yang muslim, yang paling tua, tapi dia juga lah yang berperangai macam hantu. 

Saya teringat pula, ada saya terbaca daripada pantun agama oleh dewan bahasa 
yang menyebut "Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam." hehe :) 

Saya terasa sangat dengan pantun itu, sungguh terkena dengan saya. Tapi yang saya kesalkan di sini, yang tahu pasal agama lah yang mengaibkan agama itu sendiri. Sungguh MENGHINA sekali~ teramat menyakitkan hati saya. Kalau pun mau buat jahat, janganlah di hadapan semua orang..lagi2 yang bukan muslim, apakah yang mereka fikirkan? bukannya kita mampu membaca niat dan fikiran orang lain terhadap kita.

Istilah "KUBUR MASING2" itulah yang menjahanamkan manusia beragama islam zaman sekarang ini. Sungguh keji ayat itu. Saya takut suatu hari nanti, orang yang selalu melafazkan perkataan ini, akan tiada orang yang mahu menguburkannya. Semoga semua muslim di malaysia dirahmati Allah dan dijauhi dari perkara2 yang buruk.

Cuma satu pinta saya, apabila ada orang yang mahu memberikan kita teguran tentang sikap buruk kita, maka bersyukurlah, sesungguhnya ada lagi orang yang mahu bersama kamu di syurga kelak. Jangan wujudkan perkataan "SUKA HATI AKULAH, MAK BAPAK AKU PUN TAK SEBOK

Amat rendah nilai keislaman yang ada pada diri anda. Saya malu sebab menegur dan dibalas dengan ucapan sedemikian. Saya meminta maaf, mungkin cara teguran saya tidak betul, tapi isi yang saya sampaikan waktu itu masih boleh diterima walaupun kamu membenci saya. Tapi, sungguh kamu dibutakan oleh kemarahan yang mampu melihatkan kekurangan bijaknya diri kamu terhadap saya yang terlalu muda dari kamu jika mahu membandingkan tentang fasa umur yang kita lalui sekarang. 

Akhir sekali, semoga wujud sinar keinsafan dalam hati kamu. Semoga yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal. Janganlah kamu menzalimi hak orang lain. Semoga tuhan bukakan pintu hati kamu dan berikan petunjuk yang akan membuatkan kamu menyedari kesilapan kamu.  

"JANGAN SESEKALI MENGHALALKAN YANG HARAM hanya kerana insan bernama KAWAN~ "

LOVE, 
Suhana Dullah.  


 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner