Wednesday, July 06, 2011

Kenapa hatimu tetap berubah walaupun setelah aku melutut meminta kemaafan?

Assalammuallaikum...

Semoga Tuhan merahmati kita walauapapun yang kita lakukan hari ini. Semoga tuhan itu sentiasa mengiringi kita dan sentiasa memberi kenikmatan kesihatan, kelapangan dan kebaikan kepada kita setiap hari.

Kenapa saya menulis hari ini?


Secara tidak langsung, sebentar tadi saya ingin melihat profile sahabat saya dalam facebook. Cari punya cari, akhirnya saya pun menemuinya dan apa keputusan yang saya dapat? "ADD FRIEND" 

Agak tegang situasi itu. Saya sungguh sedih. Saya menangis dalam keadaan yang agak lama. Saya sungguh tidak sangka bahawa dia akan DELETE saya dari senarai kawan-kawan dia. Ya, saya mengaku! Mungkin saya bukan kawan yang baik, tapi kenapa perlu singkirkan saya dari hidup awak? Saya langsung tidak pernah terfikir untuk buang awak dari friendlist facebook saya.


Saya ingin menjadi kawan awak selama-lamanya. Kenapa awak buat saya macam begini?

Mungkin apa yang saya rasa ni, tidaklah sama seperti apa yang awak rasakan..tapi saya tahu mungkin saya bukan sahabat yang baik bagi awak...

Tapi saya mahu awak tahu,


SAYA SAYANGKAN AWAK! ;(

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner