Wednesday, May 11, 2011

Siapa mereka di hati ku?

Hi! Lama xupdate blog. Terasa sedikit sepi dan seperti ada yang kurang. Mari kita teruskan cerita. Berdasarkan apa yang aku pernah ceritakan sebelum ini, mereka2 itu adalah orang yang memberi aku sedikit inspirasi dan kadang mereka menjadi sebahagian daripada cerita yang melakari setiap warna kehidupanku. Agak menarik kan? Kerana lagi banyak yang datang dalam hidup kita, lagi banyak warna yang wujud dalam hati kita. Tak gitu?

Dalam hidup ni. banyak rintangan yang datang dan bersilih ganti melalui hidup kita. Tapi tuhan itu adil, setiap satu kegagalan yang datang bersama rintangan itu, akan wujud satu kegembiraan, wujud satu kebahagiaan yang boleh membuatkan kita berasa senang dan berasa hidup ini patut diteruskan.

Cuma yang perlu kita tahu ialah bagaimana kita harus meneruskan kehidupan dengan bermacam perkara. Ada yang baik, ada yang kurang baik dan kadangkala... bagi yang bernasib buruk, semua itu akan menjadi satu mimpi ngeri. Tapi apa yang seharusnya berlaku ialah kita bangkit dan menjadikan mimpi ngeri itu sebagai satu inspirasi dan petunjuk untuk suatu kejayaan dan kemudahan pada kita.

Itulah yang patut berlaku pada setiap satu manusia dimuka bumi ni, ia seharusnya bergerak seiring dengan apa yang berlaku di sekeliling, dan mereka2 yang bersama dengan kita itu adalah orang2 yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada AIR yang mampu membangkitkan kita daripada tidur, juga sebahagian daripada MAKANAN yang membuatkan kita kenyang dan bertenaga apabila kita berasa lapar dan kehilangan tenaga. Mungkin juga mereka itu boleh menjadi sebahagian daripada PAKAIAN kita, yang mampu melindungi kita daripada sejuknya angin dan panasnya cahaya matahari yang berbahaya kepada kulit kita.

Adakalanya, kita mungkin tidak perasan dan tidak tahu betapa berharganya mereka yang ada disisi kita untuk sepanjang waktu ini. Kadang kita berasa mereka adalah orang yang sentiasa menyusahkan dan membebankan setiap perjalanan hidup kita. Tapi ini adalah sesuatu yang pasti, mereka akan pergi dan kita akan berasa menyesal dengan kehilangan mereka. Sebelum perkara itu berlaku pada diri ku sendiri, aku ingin mengatakan di sini, bahawa mereka adalah orang yang paling penting dan orang yang mampu buat aku hidup dengan baik dalam perjalanan kehidupanku yang agak sempurna.

Terima Kasih kerana melakarkan sedikit warna pada kain putih kehidupanku.

0 comments:

Post a Comment

 

Aku? Su3-In4. © 2008. Thanks to Blogger Templates | Template Design By: SkinCorner